Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamat dua kereta mewah daripada musnah dalam kejadian di Jalan Bukit Orang, Bintulu, malam tadi. Foto JBPM

Tindakan pantas orang awam selamatkan dua kereta mewah daripada musnah

BINTULU, 12 Okt: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan dua kereta mewah daripada musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Bukit Orang di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Eric Wilson berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.57 malam dengan menggerakkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, di dapati berlaku kebakaran kereta jenis Mercedes CLS 350 dan sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser terbakar di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan air paip sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pihak bomba bertindak membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan