Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perdana Menteri baharu perlu kemukakan usul undi Percaya – Titah Agong

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Ogos : Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Perdana Menteri baharu yang dilantik kelak perlu mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat secepat mungkin untuk membuktikan keabsahan dan mendapat kepercayaan majoriti.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah berkenaan selaras dengan Perkara 40 (2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

” Dalam hal ini, Seri Paduka turut bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, Baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berpelembagaan berteraskan keluluran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang – undang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ahmad Fadil menambah, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga akan mempengerusikan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa pada Jumaat ini.

Berhubung sesi menghadap oleh ketua – ketua dan wakil – wakil utama parti politik semalam, Ahmad Fadil memberitahu, Seri Paduka dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut bertitah bahawa sesiapa yang dilantik menerajui Kerajaan Persekutuan hendaklah dipilih berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

” Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan pada masa sama, negara sedang bergelut dengan isu kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19,” jelasnya.

Ujar Datuk Pengelola Bijaya lagi, sebelum sesi menghadap secara fizikal oleh ketua -ketua parti politik daripada UMNO, DAP, PKR, Bersatu, Pas, Amanah , Warisan dan Pejuang , Yang di-Pertuan Agong juga telah berkenan menerima menghadap secara maya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pukul 1.40 petang semalam.

” Baginda bertitah bahawa kesepakatan dan kejujuran Ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan