Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persembahan daripada artis Indonesia, Bunga Cinta Lestari bersama-sama artis tanah air Yuna di Borneo Sonic Music Festival 2024. Foto TVS

Borneo Sonic Music Festival 2024 pukau 10,000 peminat muzik

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Okt: Hari pertama Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 menarik kira-kira 10,000 peminat muzik dari seluruh Malaysia dan negara jiran.

Festival kali ini tampil memukau dengan pelbagai persembahan daripada artis tanah air dan antarabangsa.

BSMF membuka tirai dengan persembahan daripada artis tanah air Thomas Kok yang mempersembahkan lagu Silence yang dinyanyikan oleh Jay Chou.

Selain Thomas, artis tempatan lain yang turut membuat persembahan melibatkan Namewee dan Priscilla Abby.

Pentas BSMF turut dihangatkan dengan persembahan artis antarabangsa seperti 4EVE dari Thailand, Junny, Yeon Seobin dan DJ Ujoo (Korea Selatan) serta artis Indonesia, Bunga Cinta Lestari.

Penyanyi terkenal Korea Selatanm Rain dan Youngjae turut tidak tidak ketinggalan membuat persembahan pada hari pertama.

BSMF 2024 berlangsung dua hari dari 11 hingga 12 Oktober dan ini merupakan kali kedua ia dilangsungkan.

Hari kedua esok bakal menyaksikan selebriti Korea Selatan, Jessi membuat persembahan sulungnya di Kuching.

Penyanyi sensasi, Yuna turut tidak ketinggalan membuat persembahan keduanya di Kuching selepas kali pertama pada 2012.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan