JAKARTA, 11 Okt: Dua kapal pengorek yang dipercayai dari Malaysia ditahan pegawai Pengawasan Sumber Laut dan Perikanan (PSDKP) Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) di Pulau Nipah, Batam.
Kapal tersebut ditahan kerana tidak mempunyai dokumen rasmi atau menjalankan aktiviti perlombongan pasir secara haram di Wilayah Kepulauan Riau.
Pengarah PSDKP Pung Nugraha berkata, hasil pengorekan pasir laut yang dilakukan kapal tersebut dipercayai dibawa masuk ke Singapura untuk aktiviti penambakan.
“Selepas kita menahan mereka untuk pemeriksaan, ternyata kapal ini menjalankan aktiviti tanpa sebarang dokumen, malah melakukan aktiviti melombong pasir laut secara haram di perairan Kepulauan Riau sebanyak 10 kali,” katanya.
Menurutnya, kapal tersebut mengeluarkan 10,000 tan padu pasir laut dalam satu aktiviti selama sembilan jam dan mencapai 100,000 tan padu dalam sebulan.
Pung berkata, jika dijalankan dalam setahun, mereka boleh mengorek 1.2 juta tan padu dengan kerugian mencecah IDR 223 bilion.-TVS