Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Foto fail Bernama

MOT lanjut kemudahan RAS sehingga Disember 2025 – Loke

KUCHING, 11 Okt: Kemudahan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang dijangka tamat pada hujung tahun ini telah dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata keputusan melanjutkan kemudahan RAS yang dikendalikan MASwings Sdn Bhd (MASwings) mengambil kira proses pengambilalihan syarikat itu oleh kerajaan Sarawak masih belum selesai sepenuhnya.

“Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa lepas, Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian subsidi RAS secara interim iaitu selama setahun sebab Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) masih dalam proses ambil alih MASwings, jadi perjanjian RAS akan berakhir 31 Dis ini seperti dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini yang ditandatangani kira-kira tujuh tahun lepas.

“Selepas proses pengambilalihan itu selesai, kita (Kementerian Pengangkutan) akan runding semula untuk satu perjanjian yang tempohnya lebih panjang dan dari segi prinsip, saya sudah nyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan, tiada masalah melanjutkan RAS yang buat masa ini melibatkan subsidi RM209 juta setahun,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di sini hari ini.

Beliau berharap proses rundingan serta pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak akan berjaya dimuktamadkan selewat-lewatnya tahun ini.

“Namun ia tertakluk kepada beberapa perkara, sebab rundingan ini di antara pihak Sarawak dan Khazanah Nasional yang memiliki MAG…ia tak melibatkan kementerian saya kerana MASwings di bawah MAG,” katanya.

Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata MASwings yang akan menjadi syarikat penerbangan milik Sarawak dijadualkan mula beroperasi pada 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan