Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

OIC kecam keputusan Israel rampas tanah ibu pejabat UNRWA di Baitulmaqdis Timur

ByBernama

JEDDAH, 11 Okt: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras keputusan Israel untuk merampas tanah yang menempatkan ibu pejabat utama Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmaqdis Timur.

OIC menganggap keputusan ini sebagai lanjutan daripada tindakan haram Israel yang bertujuan melemahkan kewujudan, mandat, aktiviti dan peranan UNRWA sebagai agensi PBB, dan pelanggaran jelas terhadap Piagam PBB dan resolusi berkaitan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Organisasi itu menekankan bahawa semua tindakan yang menyalahi undang-undang, termasuk perbincangan mengenai rang undang-undang yang tidak sah untuk melemahkan agensiitu, serangan sistematik terhadap kemudahan UNRWA, serta pembunuhan dan kecederaan ratusan kakitangannya termasuk mereka yang terpaksa melarikan diri di sekolah-sekolah UNRWA, merupakan pelanggaran terhadap undang-undang dan jenayah antarabangsa yang memerlukan siasatan serta pertanggungjawaban.

OIC menegaskan kepentingan UNRWA dalam memastikan kestabilan di rantau ini dan menekankan peranannya untuk menyediakan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin, terutamanya di Gaza.

OIC turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dengan mendesak Israel agar menghormati mandat yang diberikan kepada UNRWA oleh Perhimpunan Agung PBB, memastikan perlindungan terhadap fasiliti dan kakitangannya serta menghentikan semua tindakan dan serangan haram terhadap agensi itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan