KUALA LUMPUR, 11 Okt: Skuad Harimau Malaya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kelab New Zealand, Auckland FC dalam aksi antarabangsa Tier 2 di Stadium Go Media, Auckland hari ini.
Anak buah Pau Marti Vicente terlebih dahulu ketinggalan selepas Francis de Vries menjaringkan gol pembukaan Auckland FC pada minit ke-25.
Nooa Laine muncul wira Harimau Malaya selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-59.
Menurut Vicente, perlawanan tersebut sebagai ujian terbaik buat pasukannya sebelum menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour Isnin ini.
“Walaupun Auckland FC merupakan kelab baharu, namun mereka memiliki barisan pemain terbaik.
“Saya percaya kami bermain dalam perlawanan yang bagus menentang Auckland FC yang merupakan kelab baharu dalam Liga Australia.
“Ia ujian yang bagus kerana kami akan menentang New Zealand yang dijangka bermain dengan corak sama iaitu kepada kepada fizikal, pantas dan berintensiti tinggi,” katanya.-TVS