Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah runtuh dari bukit di hadapan Rumah Panjang Alexander. Foto JBPM

Tanah runtuh jejaskan 15 penghuni Rumah Panjang Alexander

ENGKILILI, 11 Okt: Tanah runtuh dari bukit di hadapan Rumah Panjang Alexander, Sekandis Baruh, Lemanak, di sini mengakibatkan bahagian dinding hadapan atau ruai rumah panjang tersebut roboh.

Kejadian ini menjejaskan tiga pintu rumah panjang berkenaan melibatkan 15 orang penghuni.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong memulakan operasi membantu dan menyelamat penduduk di rumah panjang berkenaan sekitar jam 10.43 pagi tadi.

“Tanah runtuh ini masih berisiko akan berlaku semula disebabkan masih terdapat pergerakan tanah di lokasi terjejas dan juga ditambah faktor hujan lebat.

“Terdapat jalan kebun disekitar kawasan terjejas mengalami putus jalan disebabkan kejadian tanah runtuh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat pemantauan dan mengumpul maklumat di lokasi kejadian.

“Penduduk perlu bersedia berpindah seandainya keadaan menjadi bertambah buruk selain menasihati penghuni agar tidak mendekati kawasan berisiko,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan