Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Khaled (dua dari kiri) dan Fahmi (dua dari kanan) hadir pada Majlis Peluncuran Inisiatif Perajurit Broadband dan Memorandum Persefahaman antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Auditorium MIDEF di sini, hari ini. Foto, Hafeezzur Muzamir (TVS).

73 buah kem ATM terima manfaat inisiatif Perajurit Broadband

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan RM99 juta daripada program Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi melancarkan inisiatif Perajurit Broadband.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi inisiatif itu, sebanyak 73 buah kem tentera di seluruh negara akan menerima manfaat menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik atau dikenali sebagai Fibre to the Home (FTTH).

Menurut Mohamed Khaled, sebanyak 59,420 pintu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) daripada kem-kem terlibat akan menikmati faedah itu.

“Pakej langganan harga mampu milik serendah RM49 dengan kelajuan 100 Mbps.

“Harga yang murah ini adalah satu pengiktirafan dan cara Kerajaan Perpaduan menghargai jasa serta pengorbanan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Inisiatif Perajurit Broadband dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara ATM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di Auditorium MINDEF di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, MoU yang dimeterai antara Kementerian Komunikasi dan MINDEF itu meliputi aspek peningkatan kesalinghubungan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar gentian optik, perkongsian maklumat dan data, pelaksanaan latihan, serta program-program kesedaran dan pembangunan insan.

Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya bersetuju untuk memberikan tambahan rebat kepada pengguna pada enam bulan pertama dengan pengurangan RM10 daripada harga pakej yang ditawarkan.

“Saya telah mintak MCMC teliti peruntukan tambahan selama enam bulan dengan memberikan harga khas langganan RM39.

“Ini merupakan fasa pertama dan selepas ini kita akan meneliti penambahbaikan jaringan komunikasi di markas, pejabat MINDEF dan juga melibatkan kawasan dalam dan luar.

“Kita jangkakan keseluruhan proses pelaksanaan sekitar 12 hingga 24 bulan,” katanya.

Fahmi menyifatkan tawaran pakej itu sebagai antara yang terendah di pasaran dengan memberitahu langganan boleh dilakukan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. – TVS.

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan