Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NILAI, 13 Mei -- TETAP RAYA... Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan di sebalik batu penghadang dan pagar kawat duri berikutan penutupan Jalan Bangi-Nilai iaitu sempadan Negeri Sembilan-Selangor susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sini, hari ini. Sebarang aktiviti rentas daerah dan rentas negeri bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes Varian Delta mendadak naik di Sarawak

KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak dalan kes jangkitan COVID-19 melibatkan varian Delta, dedah Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS Profesor Dr David Perera.

Menerusi laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, katanya, kadar pengesanan keseluruhan melebihi 73 peratus telah direkodkan iaitu ‘peningkatan mendadak’ dari 50 peratus dilaporkan pada 3 Ogos 2021.

Meskipun peratusan tertinggi direkodkan di Bahagian Kuching dengan 90 peratus, ia turut dikesan di Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri, Bintulu dan Sibu.

“248 daripada kes-kes VOC/VOI ini adalah varian Delta (B.1.617.2). Baru-baru ini terdapat satu kes dikenali VOI Indonesian (B.1.466 2) dikesan di Bintulu,” ujarnya.

Dr. David menambah, jumlah kumulatif VOC/VOI yang telah dikesan di Sarawak dari kes-kes positif COVID-19 ialah 592 setakat 10 Ogos 2021.

Setakat ini, sebanyak 521 kes varian Delta dikesan di Sarawak dengan Kuching mencatatkan sebanyak 354 kes, Samarahan (67), Serian (60), Bintulu (16), Sibu (8), Miri (8), Sri Aman (6) dan Betong (1).

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan