Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media sebelum meluangkan masa beramah mesra bersama pegawai dan staf perubatan yang dilantik secara kontrak bagi meningkatkan kesiagaan perkhidmatan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membendung wabak COVID-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

BN sebulat suara sokong Ismail Sabri sebagai calon PM

BARISAN Nasional (BN) sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum jam 4 petang Rabu.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan bersumpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, serta seluruh barisan Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan