JULAU, 17 OGOS: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera selepas lori muatan batu bata yang dipandunya terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter di Jalan Merurum di sini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nicholas Belulin, mangsa yang dikenali sebagai Raddy Gudet berusia 37 tahun disahkan maut akibat tersepit ditempat duduk di lokasi kejadian.
Tambahnya, kelindan yang cedera pula dikenali sebagai Boniface Beruang, 25, berjaya keluar sendiri dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ng. Sekalong oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.
”Pasukan bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” ujarnya.
Seramai tujuh anggota bomba diketuai oleh Nicholas Langi dan empat anggota polis terlibat dalam operasi tersebut.