Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Agong seru parti politik bersatu, Anwar beri bayangan Kerajaan Perpaduan?

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Kerajaan Perpaduan mungkin merupakan kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani krisis politik negara ketika ini.

Menurut Anwar, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi nasihat dan peringatan untuk  mengagaskan satu bentuk politik baharu yang lebih aman untuk rakyat.

“Tuanku menyampaikan peringatan bahawa dalam kemelut politik dan perlembagaan ketika ini, kita harus bersatu untuk atasi masalah COVID-19 dan ekonomi namun Seri Paduka menegaskan untuk mencari calon yang mendapat sokongan majoriti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadap Seri Paduka di Istana Negara hari ini bersama ketua-ketua parti politik yang lain.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau melihat ‘wujud’ konsensus di kalangan semua ketua parti politik ketika bertemu Tuanku Sultan untuk menghentikan politik lama yang melelahkan sebaliknya harus menumpukan ke arah perpaduan.

“Maknanya yang menang (dipilih sebagai Perdana Menteri), jangan tekan yang kalah, harus ada muafakat baharu dan bekerjasama untuk menangi masalah COVID-19,” katanya. -TVS

Tags: #bm, Agong, politik

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan