Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil bercakap dałam sidang media minggu Kerajaan Perpaduan di Putrajaya hari ini. Foto, TVS.

Kerajaan teliti masalah beban berganda malpemakanan kanak – kanak

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 8 Okt: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) diarah meneliti beberapa aspek sebelum Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030 dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata keputusan itu susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas laporan mengenainya dibentangkan.

Kata beliau mesyuarat telah menyentuh isu mengenai masalah beban berganda malpemakanan terutama melibatkan kanak-kanak berdasarkan laporan terkini.

“(Ia membabitkan) usaha dan pelan strategik namun terdapat beberapa perkara lain yang diminta oleh Perdana Menteri supaya diteliti sebelum pengumumuman penuh mengenainya dibuat,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, antara aspek penambahbaikan yang akan diperhalusi oleh KKM dan KPM termasuk melibatkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

“Dalam mesyuarat, ada juga dibangkitkan mengenai sesi persekolahan berbeza iaitu pagi dan petang, jadi bukan hanya sekadar melihat satu sesi tapi kita mahu secara menyeluruh, ini sangat penting.

“Kita harap menjelang sidang Parlimen nanti akan ada beberapa perkembangan positif khususnya berkait menguruskan isu masalah malpemakanan dalam kanak-kanak dengan ia sedang diperhalusi oleh KPM dan KKM,” jelasnya.

Malnutrisi atau malpemakanan merupakan keadaan yang terhasil akibat pengambilan nutrien tidak mencukupi di mana sesetengah zat kurang atau dalam nisbah yang salah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan