Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi sensasi tanah air, Hafiz Suip berhasrat menerbitkan single terbaharu untuk disajikan kepada peminat setianya. Foto TVS

Hafiz berhasrat terbit single terbaharu

KUCHING, 8 Okt: Penyanyi sensasi tanah air, Hafiz Suip berhasrat menerbitkan single terbaharu untuk disajikan kepada peminat setianya.

Pelantun lagu Awan Nano kini dilihat kembali aktif dalam industri seni selepas sekian lama menyepi.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, berkata, dia kini telah menetap di Kuching dan mempunyai perancangan dalam meneruskan karier sebagai anak seni di Bumi Kenyalang.

“Insya-Allah, memang ingin menerbitkan lagu baharu tetapi ketika ini saya pun sudah menetap di Kuching.

“Ada perancangan untuk pembikinan lagu baharu, cuma kita ada sedikit isu berkaitan royalti, dan percaya perkara itu akan selesai,” katanya.

Mengakui ‘berehat’ sebentar dalam industri, Hafiz sebelum ini terkenal dengan lagu hits, Deritaku Bahagiamu dan Ku Akui, mendedahkan untuk kekal dalam industri merupakan salah cabaran besar bagi dirinya.

“Apa yang boleh saya katakan, untuk mengekalkan momentum dalam industri, itu satu cabaran yang besar.

“Bagaimana caranya untuk mengatasi cabaran itu, kita terima hakikat, yakin kepada diri dan jangan hipokrit, Insya-Allah kita dapat mengekalkannya,” ujarnya lagi.

Selepas kejayaan menjuarai program realiti, Akademi Fantasia Musim Ke-7, Hafiz terus melangkah jauh malah pernah memenangi anugerah vokal terbaik tiga kali berturut-turut dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan