Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh (tengah) bersama wakil agensi-agensi yang terlibat dalam program SAREX Menaul Level 2 di Meritz Hotel, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Latihan SAREX MRSC mantapkan kesiapsiagaan agensi penyelamat di Sarawak

ByVanessa Enjop

MIRI, 8 Okt: Seramai 160 peserta terdiri daripada 25 agensi kerajaan, jabatan swasta, dan persatuan di sni menyertai Latihan Carilamat atau Search and Rescue Exercise (SAREX) Manual Level 2 bagi meningkatkan kecekapan operasi penyelamatan di Sarawak.

Sesi latihan dua hari anjuran Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Kuching itu diadakan di di Hotel Meritz, Miri pada 7 dan 8 Oktober 2024.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh, berkata latihan itu direka khas bagi menguji prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta memastikan kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi insiden kecemasan maritim.

“Latihan kali ini berbeza daripada tahun sebelumnya di mana ia melibatkan sebuah pesawat komersial yang hilang di perairan Miri. Pesawat peribadi itu membawa dua kru serta enam penumpang dan terhempas di laut.

“Senario pesawat terhempas di laut ini adalah latihan pertama yang dikendalikan oleh Maritim Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Kamal, latihan kali ini berjaya mencapai objektif utama sekali gus memperkukuh kerjasama antara agensi dalam operasi mencari dan menyelamat serta meningkatkan kesepakatan dan koordinasi antara jabatan kerajaan dan swasta.

“Kesepakatan di antara semua agensi dan jabatan yang terlibat amat penting dalam mengendalikan insiden seperti ini. Setiap agensi perlu memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kelancaran operasi,” jelasnya.

Untuk rekod statistik terkini operasi cari dan menyelamat di seluruh Sarawak sepanjang tahun 2024 menunjukkan sebanyak 33 mangsa terlibat dalam pelbagai insiden, dengan 29 orang selamat, tiga ditemui meninggal dunia, dan seorang masih belum ditemui.

Bagi sebarang kecemasan, orang ramai disarankan untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS999 yang beroperasi 24 jam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan