Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak diadakan secara hibrid

KUCHING, 17 Ogos : Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak tahun ini akan diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini dengan kehadiran terhad 100 orang tetamu sahaja.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sambutan yang dijadualkan bermula 8.30 malam itu, akan diadakan secara hibrid memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19.

“Mengikut perancangan, sambutan peringkat negeri tahun ini sepatutnya diadakan di Betong tetapi disebabkan pandemik, jawatankuasa bersetuju untuk diadakan secara hibrid di bandar raya Kuching,” katanya pada sidang media mengumumkan sambutan berkenaan hari ini.

Beliau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri dijangka hadir pada sambutan itu, dan orang ramai boleh menonton sambutan Hari Kebangsaan itu secara langsung melalui TV Sarawak (TVS) dan Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Antara pengisian pada malam sambutan itu adalah ucapan khas Ketua Menteri, persembahan tarian, video dokumentari sejarah dan persembahan muzikal.

Abdul Karim turut menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di rumah ataupun di premis perniagaan masing-masing bagi memeriahkan sambutan serta menyemarakkan semangat patriotik.

“Kita jangan lupa, sambutan Hari Kebangsaan memberi peluang untuk kita mengenang dan menghayati perjuangan pemimpin-pemimpin lama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara daripada cengkaman penjajah,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan