Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup laluan kepada orang ramai sempena Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sarawak ke-78 pada 12 Oktober ini. Foto IPD Kuching

Beberapa laluan di Bandaraya Kuching ditutup mulai 8-12 Oktober sempena Hari Lahir TYT

KUCHING, 7 Okt: Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup laluan kepada orang ramai sempena Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sarawak ke-78 pada 12 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata, majlis itu akan diadakan mulai jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Padang Merdeka.

“Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan program dan pergerakan aliran lalu lintas, pihak polis akan membuat penutupan jalan di beberapa lokasi di Bandaraya Kuching.

“Pada 8 hingga 9 Oktober mulai jam 6 pagi hingga 12 tengah hari sempena raptai majlis itu, jalan yang akan ditutup ialah jalan lampu isyarat RTM dan susur ke Padang Merdeka, Jalan Tun Abang Haji Openg dari Jalan Main Bazaar dan Jalan Gambir ke Padang Merdeka dan Jalan Wawasan ke Padang Merdeka.

“Pada 10 Oktober mulai jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi raptai penuh, jalan yang ditutup ialah susur masuk / lampu isyarat RTM ke Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Wawasan dari Jalan Wayang, Jalan Main Bazaar dari Lebuh Wayang, Lebuh Temple, Jalan Mcdougall dan Jalan Mahkamah Lama menghala Jalan Taho,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada hari kemuncak iaitu istiadat perbarisan dan rapat raksasa 12 Oktober mulai jam 4 pagi hingga 12 tengah hari jalan yang ditutup ialah susur masuk / lampu isyarat RTM ke jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Wawasan dari Jalan Wayang, Jalan Main Bazaar dari Lebuh Wayang, Lebuh Temple, Jalan Mcdougall dan Jalan Mahkamah Lama menghala Jalan Taho.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang hadir agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching ditalian 082-259900.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan