Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan seorang lelaki membuat laporan palsu disamun akhirnya mengundang padah selepas tembelangnya terbongkar.Foto IPD Samarahan

Buat laporan palsu disamun, elak isteri marah

KOTA SAMARAHAN, 7 Okt: Tembelang seorang lelaki mendakwa disamun terbongkar ketika membuat laporan polis palsu.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, suspek berusia 25 tahun membuat laporan di Balai Kota Samarahan menyatakan semasa menghantar barang bungkusan di Kampung Tanjung Bundong dia disamun dua orang lelaki dengan menaiki motosial pada jam 8.22 malam Sabtu lepas.

“Ia menyebabkan suspek mengalami kecederaan pada tangan akibat dilibat dengan senjata tajam disyaki kerambit. Suspek mendakwa mengalami kerugian RM850 dan barangan milik pelanggan serta telefon bimbit miliknya turut dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian jenayah tersebut tidak berlaku dan individu tersebut mengaku membuat laporan palsu bagi mengelak dimarahi kerana duit milik isterinya berjumlah RM850 hilang atas kecuaiannya semasa tidur di parkir Bandar Riyal.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM 2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Kita mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu kerana ia akan memberikan gambaran negatif berlakunya kejadian jenayah di Daerah Kota Samarahan,” ujarnya.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak atau individu sedemikian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan