Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CBP lulus lebih 47,000 permohonan moratorium PEMULIH berjumlah RM3.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Co-op Bank Pertama Bhd (CBP) telah meluluskan 47,413 permohonan moratorium Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sehingga pertengahan Julai lepas, dengan nilai keseluruhan melebihi RM3.2 bilion. 

Pengerusinya Kamari Zaman Juhari berkata jumlah kelulusan merangkumi hampir 99 peratus daripada jumlah permohonan moratorium yang diterima melibatkan Pembiayaan Persendirian-i, Pembiayaan Perumahan-i dan juga Pembiayaan Ar-Rahnu. 

“Tempoh moratorium ditawarkan CBP kepada pelanggan adalah selama enam bulan dan tidak diklasifikasikan sebagai penjadualan semula atau penstrukturan semula selain rekod pembiayaan kekal seperti sediakala. 

“Pelanggan yang membayar melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM), pembayaran akan diaktifkan semula selepas tamat tempoh moratorium ini. Pembayaran lain akan dihubungi CBP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut Kamari Zaman, permohonan yang tidak diluluskan hanya membabitkan 240 pelanggan berikutan tidak menepati syarat yang ditetapkan CBP. 

“Syarat ditetapkan itu adalah permohonan pembiayaan diluluskan selepas 30 Jun, 2021 dan mempunyai tunggakan melebihi tiga bulan,” tambahnya. 

Beliau berkata CBP telah menawarkan penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan berdasarkan kelayakan tertakluk kepada penilaian kredit ditetapkan bagi setiap permohonan. 

“Sebanyak 297 akaun diluluskan di bawah program penstrukturan semula pembiayaan sejak pelaksanaan moratorium pada April 2020 dengan jumlah baki pembiayaan RM16.8 juta,” katanya. 

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan