Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Golongan Belia PBB harus diperkasa dengan teknologi terkini

SIBU, 6 Okt: Golongan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus diperkasa dengan teknologi terkini serta mahir dalam bidang ekonomi.

Presiden PBB,  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, apa yang ingin ditekankan kepada anak muda di Sarawak adalah mengenai kepakaran mereka dalam bidang teknologi terkini agar mereka dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negara pada masa hadapan kerana politik ini merupakan satu saluran untuk berkhidmat.

“Hari ini dalam sejarah di mana pucuk pimpinan parti PBB telah menerima para belia untuk bersama-sama dalam parti ini memperkasakan jentera parti kita yang sememangnya menjadi parti yang dominan di Sarawak.

“Ini sama seperti internship dalam badan korporat yang mana mereka sebenarnya belajar dan menimba pengalaman agar dapat disumbangkan ke arah masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sayap Belia PBB di sini, hari ini.

Sementara itu, kata Abang Johari, parti PBB berhasrat untuk melatih golongan belia yang boleh menjadi pemimpin pada masa depan.

“Latihan kepada kepimpinan harus dimulakan dari peringkat akar umbi bagi melengkapkan mereka (belia) dengan pengetahuan dan pengalaman dalam politik.

“Di Sarawak kita ada banyak sumber tapi jika pimpinan kita tidak betul, maka ia tidak selari dengan apa yang kita ada.

“Oleh itu, kami dalam parti PBB ini hendak melatih anak muda supaya mereka mempunyai pendekatan yang betul dalam politik kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan