Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Korban akibat huru-hara di Lapangan Terbang Kabul meningkat kepada 10 orang

ByTVS

MOSCOW, 17 Ogos  — Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh dan sepuluh yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, lapor Sputnik memetik penyiar Afghanistan TOLO News pada Isnin.

Menurut pentadbiran lapangan terbang insiden itu berpunca daripada maklumat palsu mengenai terdapat kekosongan tempat duduk dalam pesawat yang akan tiba dan berlepas di lapangan terbang berkenaan ketika banyak penerbangan telah dibatalkan.

Maklumat itu menyebabkan penduduk berpusu-pusu ke lapangan terbang dan kebanyakan mereka tidak mempunyai pasport.

Pada Ahad, Taliban menawan Afghanistan sebaik berjaya menguasai Kabul, menyaksikan Presiden Mohammad Ashraf Ghani meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.

Banyak negara lain memutuskan untuk membawa keluar rakyat dan petugas diplomatik masing-masing kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu.

Meskipun tentera asing ditempatkan di lapangan terbang Kabul, ribuan penduduk tetap menyerbu lapangan terbang itu dengan harapan dapat melarikan diri.

Tentera asing terpaksa melepaskan tembakan untuk memastikan warga dan petugas asing dapat dibawa keluar dengan selamat. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan