Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sumber keselamatan Lubnan sebelum ini melaporkan bahawa sebuah dron telah menyerang sebuah pangsapuri di kem pelarian Palestin berhampiran Tripoli. Foto AFP

Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan

ByBernama

BEIRUT, 5 Okt: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Saeed Atallah Ali terbunuh dalam serangan Israel ke atas Kem Pelarian Beddawi kira-kira lima kilometer di utara bandar pelabuhan Tripoli, menurut Hamas.

Agensi berita Lubnan NNA melaporkan bahawa isteri Ali dan dua anaknya turut terbunuh dalam serangan itu.

Sumber keselamatan Lubnan sebelum ini melaporkan bahawa sebuah dron telah menyerang sebuah pangsapuri di kem pelarian Palestin berhampiran Tripoli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan