Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri: Aruel dan Mazlina ketika ditemui pemberita selepas sidang media Kuching Jazz Festival 2024 di sini hari ini. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

Genre berbeza bukan halangan Aruel & The FaSola gegarkan Kuching Jazz Festival

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Okt: Walaupun berlainan gaya seperti gaya nyanyian dan teknik lontaran suara, ia tidak menjadi penghalang kepada Aruel & The FaSoLa melakukan persembahan dalam Kuching Jazz Festival malam ini, kata Aruel.

“Mazlina (vokalis The FaSoLa) merupakan senior saya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan beliau pakar dalam genre pop jazz moden manakala saya dalam bidang klasik. Saya akui memang sukar tetapi kami cuba untuk mencari keserasian itu.

“Saya aktif menyanyikan lagu Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan melatih dari segi vokal namun bagi Mazlina, beliau juga pakar dalam resitatif. Saya akui penyampaiannya berbeza namun kami mempunyai kadar tenaga yang sama,” katanya kepada pemberita ketika sesi sidang media Kuching Jazz Festival di sini, hari ini.

Aruel yang juga juara Getaran Jiwa rancangan nyanyian terbitan TVS mengakui dirinya bersama The FaSoLa menghadapi kekangan dari segi tempoh latihan dan kelapangan ahli kumpulan.

“Sejujurnya sukar untuk seimbangkan masa sebagai penyanyi dan guru vokal namun saya bertuah ada yang menguruskan jadual persembahan dan mengajar saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Aruel memulakan kerjayanya dengan The FaSoLa pada tahun 2022 sekali gus Kuching Jazz Festival 2024 merupakan persembahan sulung mereka di peringkat yang besar.

Aruel & The FaSoLa juga dikenali sebagai kumpulan yang sentiasa mendendangkan lagu klasik seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang diberikan nafas baharu – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan