Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Majlis Perlancaran Inisiatif TVET HRD CORP-Centexs Commercial. Foto TVS

Lulusan SKM berpeluang sambung belajar ke peringkat tertinggi

LUNDU, 5 Okt: Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kini boleh melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi walaupun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk tujuan itu, kerajaan menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kebangsaan telah menjalin kerjasama dengan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) melibatkan lima universiti.

Menurutnya, lima universiti yang terlibat merangkumi Universiti Teknikal Melaka, Universiti Tun Hussien Onn, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Kuala Lumpur.

Tambahnya, kerjasama itu sebagai usaha untuk membolehkan lulusan SKM melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.

“Ini adalah satu pendekatan baharu yang akan kita laksanakan untuk memperkasakan pendidikan TVET.

“Malah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) juga menyarankan tahap 6,7 dan 8 diperkenalkan. KESUMA akan memperkenalkan tahap ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyamakannya dengan ijzah pertama dan ini akan kita perincikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perlancaran Inisiatif TVET HRD CORP-Centexs Commercial di Lundu pada Sabtu.

Menurut Ahmad Zahid, menerusi pendekatan itu, lulusan SKM tahap satu hingga tiga yang diiktiraf Agensi Pengiktirafan Kebangsaan (MQA) dan Majlis TVET Kebangsaan akan memiliki taraf setanding SPM.

Manakala bagi lulusan SKM tahap empat dan lima akan memiliki taraf setanding diploma.

Penyamaan taraf tersebut kata beliau akan membolehkan pelajar TVET berkelulusan SKM boleh memasuki univesiti dalam jaringan MTUN walaupun tanpa SPM.

Tambahnya, kemasukan pelaburan langsung asing yang sedang meningkat ketika ini memberikan lebih banyak ruang kerjasama dan peluang perkerjaan berkemahiran tinggi.

Keadaan itu ujarnya akan menjurus kepada pemintaan tenaga kerja mahir susulan kewujudan bidang kerjaya baharu.

“Justeru tumpuan perlu diberikan memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional peringkat tinggi jika negara mahu bergerak lebih jauh dalam bidang ekonomi berteknologi tinggi,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan