Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sindiket dadah bernilai RM1,045,250, yang berselindung di sebalik syarikat penghantaran, berjaya ditumpas

ByFebbright James

KUCHING: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sarawak berjaya menumpaskan sindiket dadah bernilai lebih RM1.04 juta yang beroperasi sejak tahun 2013, dengan menggunakan syarikat penghantaran sebagai modus operandi.

Tangkapan menerusi operasi bersepadu ‘Op Rempuh Pusher’ ini merupakan kejayaan terbesar bagi tahun ini setakat ini dalam usaha membanteras pengedaran dadah.

Pasukan Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching berjaya merampas 14.234 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM1,045,250, wang tunai dan dua buah kereta.

Dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis telah menahan dua lelaki tempatan berumur 22 dan 24 tahun yang kini direman selama tujuh hari bermula dari hari tangkapan dibuat.

“Sebahagian ahli sindiket ini telah ditumpaskan terlebih dahulu pada tahun sebelumnya. Manakala dua individu ini pula merupakan ‘rekrut’ yang baharu,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah.

Dadah yang dirampas melibatkan 17,838 biji pil ‘Ecstasy’ seberat 7,563 gram dengan nilai RM378,150 dan dadah jenis metamfetamina seberat 299 gram bernilai RM29,900.

Turut dirampas, enam kotak mengandungi dadah jenis metamfetamina dengan anggaran berat 6,372 gram bernilai RM637,200, termasuk wang tunai berjumlah RM3,535, sebuah kereta Mitsubishi Triton dan sebuah kereta Perodua Axia.

Ahsmon bersama dengan Mitsubishi Triton yang dirampas semasa tangkapan

Menurut Ashmon, rampasan ini merupakan hasil daripada empat serbuan yang dibuat sejak 13 hingga 15 Ogos lepas.

Sindiket terbabit mula menjalankan kegiatan haramnya pada tahun 2013, dan tangkapan ini merupakan tangkapan kedua membabitkan dadah pada bulan Ogos ini.

“Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 15 kali,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada hari ini.

Kes juga disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara 2 tahun.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan