Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa dikatakan keluar ke laut bersama rakan menggunakan bot kelas A sebelum terjatuh selepas besi yang dipegang berhampiran kemudi bot patah. Foto hiasan Envato

Nelayan terjatuh di perairan Batu Laut ditemukan meninggal dunia

ByBernama

SHAH ALAM, 5 Okt: Nelayan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas setelah dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki bersama rakannya di perairan Batu Laut, ditemukan lemas di perairan Tanjung Gabang dekat sini pada 4.30 petang Khamis.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata mangsa R. K Kesavan, 60, dijumpai oleh nelayan tempatan pada kedudukan enam batu nautika barat daya Tanjung Gabang.

Nelayan hilang selepas terjatuh dari bot

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) mendapat maklumat awal daripada nelayan tempatan mengenai berita penemuan mayat mangsa.

“Susulan itu, aset menyelamat melibatkan Maritim Selangor dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) digerakkan ke lokasi penemuan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Abdul Muhaimin berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Kanchong Laut, Kuala Langat bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Mangsa dikatakan keluar ke laut bersama rakan menggunakan bot kelas A sebelum terjatuh selepas besi yang dipegang berhampiran kemudi bot patah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan