Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak kekal sebagai rakan strategik utama PETRONAS. Foto Petronas

Sarawak kekal rakan strategik utama PETRONAS

KUCHING, 4 Okt: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Sarawak kekal sebagai rakan strategik dalam pembangunan sumber hidrokarbon walaupun kedua-dua masih berbincang mengenai pengagihan gas di wilayah ini.

Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga Research) dalam analisis dibuat percaya PETRONAS akan mengalihkan lebih banyak belanjawan modal ke pasaran domestik yang kurang dilaburkan dalam tempoh lima tahun lepas bagi mengelak kemerosotan pengeluaran semula jadi yang mendadak di Malaysia.

“Oleh itu, kami menjangkakan perbelanjaan modal untuk penerokaan di kawasan luar pesisir Sarawak kekal utuh dalam jangka masa panjang walaupun berlaku sedikit kelewatan dalam masa terdekat kerana butiran perjanjian masih dibincangkan.

“Pada pandangan kami, ini akan menjadi masalah jangka pendek bagi penyedia perkhidmatan huluan di Malaysia dan mereka kekal dalam kedudukan menggalakkan dalam pasaran huluan domestik berikutan ketersediaan kontraktor dan kami menjangkakan peningkatan dalam aktiviti pada 2025 secara keseluruhannya,” menurut analisis tersebut.

PETRONAS sangat berdisiplin dalam perbelanjaan modal tetapi mempunyai ruang untuk perbelanjaan domestik.

Ia turut mengekalkan pendekatan berhati-hati dalam berbelanja di tengah-tengah ketidaktentuan makroekonomi namun komited untuk memlihara nilai melalui rasionalisasi kos dan pelaburan tumpuan.

Dengan aliran tunai operasi utuh dan dividen diluluskan berjumlah RM32 bilion, Kenanga Research percaya kumpulan tersebut masih boleh meningkat pelaburan domestiknya walaupun kurang berbelanja berbanding sasaran RM60 bilion untuk sasaran perbelanjaan modal.

“Perbelanjaan modal tenaga baharu dijangka kekal terurus pada 18 peratus manakala perbelanjaan asing terutama projek LNG Kanada dijangka memasuki fasa terakhir menjelang Tahun Kewangan (TK) 2024.

“Berdasarkan laporan sebelum ini, projek LNG Kanada diijangka menjana aliran tunai pada 2025,” menurut Kenanga Research.

Pasaran perkhidmatan huluan terutama perkhidmatan penyelenggaraan, penyambungan dan pentauliahan (HUC) mengalami peningkatan ketara dalam aktiviti 2024 dan dijangka trend tersebut berterusan pada 2025.

“Kontrak di bawah payung Pan Malaysia bernilai sehingga RM10 bilion dalam tempoh sehingga 10 tahun boleh direbut sebelum penghujung 2024 memandangkan PETRONAS dan pengeluar minyak lain ingin menganugerahkan kitaran seterusnya untuk penyelenggaraan huluan utama yang tertangguh selama dua tahun.

“Oleh itu kami percaya kitaran baharu kontrak boleh diberikan dan jika tidak PETRONAS akan memberikan satu tahun lanjutan kontrak lagi dengan terma kontrak yang menggalakkan, kedua-duanya masih memberi manfaat kepada aktiviti penyelenggaraan dan margin,” jelas Kenanga Research.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan