Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Crowds of people are seen on the tarmac at Kabul's airport in Afghanistan August 16, 2021. SATELLITE IMAGE 2021 MAXAR TECHNOLOGIES/Handout via REUTERS. ATTENTION EDITORS - MUST NOT OBSCURE WATERMARK. THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. NO RESALES. NO ARCHIVES.

Lebih 700 pemohon SIV tinggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam

ByBernama

WASHINGTON: Lebih 700 pemohon Visa Imigran Khas (SIV) meninggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam, menjadikan jumlah individu yang dipindahkan di bawah program SIV itu hampir 2,000 orang, kata Brigedier Jeneral Tentera Amerika Syarikat (AS) William Taylor kepada wartawan .

“Lebih 700 pemohon SIV telah meninggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam lalu dengan menggunakan penerbangan komersial atau sewa khas, menjadikan jumlah (permohonan yang diproses) hari ini hampir 2000,” kata Taylor pada taklimat media pada Isnin, lapor Sputnik.

Pada awal Ogos, media AS melaporkan, kerajaan AS merancang membawa keluar 700 warga Afghanistan setiap minggu dan sekitar 20,000 orang yang memenuhi syarat SIV, bersama keluarga mereka ke AS.

Setakat ini, pentadbiran Presiden Joe Biden berjaya memindahkan kira-kita 2.5 peratus daripada 80,000 pemohon SIV.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan