Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu diiringi tetamu kehormat yang lain disambut dengan tarian ketika hadir ke Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2023 dan Hari Kecemerlangan Akademik Semester 1 2024 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong. Foto TVS

Bajet 2025: Peruntukan lebih besar diperlukan untuk kemudahan sekolah, kesihatan

BETONG, 4 Okt: Tumpuan perlu terus diberikan kepada usaha memperkasa fasiliti sekolah, hospital, klinik dan industri kecil dan sederhana (PKS) di luar bandar.

Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu berkata, peruntukan lebih besar diperlukan dalam Bajet 2025 bagi merealisasikan usaha tersebut.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan keadaan sekolah, hospital dan klinik di luar bandar kondusif dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Saya amat berharap peruntukan kepada sekolah, hospital dan klinik daif di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam bajet kali ini.

“Ini amat penting bagi memastikan mutu perkhidmatan, prasarana dan peralatan yang digunakan dapat dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2023 dan Hari Kecemerlangan Akademik Semester 1 2024 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong pada Jumaat.

Richard menjelaskan, kerajaan juga perlu mengutamakan penyediaan peruntukan untuk aktiviti penyelenggaraan bagi mengelak sekolah, hospital dan klinik dikategorikan sebagai daif pada masa akan datang.

“Bagi sekolah, peruntukan penyelenggaraan amat penting, sekiranya tiada dana penyelenggaraan disediakan, sekolah akan menjadi daif.

“Jadikan kerajaan mesti memberi bajet yang lebih memastikan setiap kemudahan sentiasa berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, pembangunan PKS berkaitan industri tani di luar bandar perlu diberi penekanan sewajarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan