Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, mengeluarkan 21 aliran lahar ke arah barat daya pada Khamis. Foto fail AFP

Gunung Merapi di tengah Indonesia keluarkan 21 aliran lahar ke arah barat daya

ByBernama

JAKARTA, 4 Okt: Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, mengeluarkan 21 aliran lahar ke arah barat daya pada Khamis, menurut Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi, lapor Xinhua.

“Aliran lahar bergerak menuju Kali Bebeng, mencapai sehingga 1,500 meter,” kata Ketua Pusat, Agus Budi Santoso.

Pusat itu menggesa orang ramai untuk mengelakkan sebarang aktiviti di zon bahaya yang mungkin terjejas oleh aliran lahar dan awan panas.

“Data pemantauan menunjukkan bekalan magma masih berterusan, yang boleh mencetuskan awan panas dalam kawasan berpotensi bahaya,” kata Santoso.

Zon bahaya meliputi sehingga tujuh kilometer di sektor selatan-barat daya dan tiga kilometer ke tenggara gunung berapi. Sekiranya berlaku letusan letupan, bahan gunung berapi boleh mencapai sehingga tiga kilometer dari puncak.

Terletak di Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi setinggi 2,968 meter ini kini berada di Tahap III, atau status waspada. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan