Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan peserta Muay Thai Piala Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2024 merakam gambar kenangan bersama di Amphitheatre Waterfront Kuching di Kuching pada Khamis. Foto: TVS

Kejohanan Muay Thai Piala TYT gelanggang pembangunan atlet Sarawak

KUCHING, 3 Okt: Kejohanan Muay Thai Piala Yang Di-Pertua Negeri Sarawak (TYT) 2024 berpotensi menjadi gelanggang bagi membangunkan atlet dalam sukan muaythai di Sarawak.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata platform tersebut juga secara langsung akan menjadi gelanggang kepada Sarawak untuk memilih atlet terbaik bagi mewakili negeri ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan sentiasa menyokong pengajuran aktiviti sukan bertaraf antarabangsa itu agar ia mampu menjadi platform terbaik bagi golongan anak muda bergiat aktif.

“Sememangnya, kita melihat usaha Persatuan Muaythai Negeri Sarawak menganjurkan kejohanan ini setiap tahun sangat baik bukan sahaja dari aspek pembangunan atlet.

“Malah turut membuka ruang dan peluang kepada para belia kita di Sarawak amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohana Muay Thai Piala Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2024 di Amphitheatre Waterfront Kuching di Kuching pada Khamis.

Penganjuran Kejohanan Muay Thai kali ini bakal menyaksikan pertarungan dalam pelbagai kategori antaranya muaysport, semi pro dan pro.

Lebih 200 peserta mewakili pelbagai kelab tempatan dari seluruh negara menyertai kejohanan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula esok (4 Oktober) hingga 6 Oktober ini di sini.

Kejohanan tersebut juga turut menarik penyertaan 30 orang peserta dari luar negara iaitu dari Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand dan Iran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan