Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Untuk Sarawak menghapuskan rabies, Sarawak perlu melaksanakan lebih banyak vaksinasi secara besar-besaran. Foto hiasan Envato

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak giat usaha basmi rabies di luar bandar

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 3 Okt: Dalam usaha untuk membanteras rabies di Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) mempergiatkan kempen vaksinasi haiwan peliharaan dan kesedaran awam, khususnya di kawasan luar bandar.

Pengarah DVSS, Datu Dr. Adrian Susin Ambud berkata pihaknya amat menekankan pentingnya usaha kolektif untuk menangani masalah ini.

“Untuk Sarawak menghapuskan rabies, kita perlu melaksanakan lebih banyak vaksinasi secara besar-besaran, meningkatkan kesedaran mengenai rabies dan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Tambah beliau, Sarawak kini mempunyai satu pasukan khas yang dinamakan Immune Belt Enforcement Team (IBET) bagi mengawal penularan wabak rabies dengan lebih proaktif terutamanya di kawasan sempadan negara.

“Di kawasan luar bandar yang berhampiran dengan kawasan sempadan negara, pasukan IBET kami sedang melaksanakan vaksinasi anjing dari kampung ke kampung dan pemantauan.

“Kami juga menjalankan banyak kempen kesedaran, terutama dalam kalangan penduduk luar bandar tentang cara mengelakkan gigitan dan calar daripada haiwan,” katanya.

Untuk pengurusan kes gigitan, dedah Dr Adrian, DVSS bekerjasama dengan pihak perubatan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diwujudkan untuk menangani isu berkaitan kes gigitan.

“Kami juga menggunakan aplikasi rabies, satu inisiatif digital baru untuk mengesan dan melaporkan kes rabies serta berkongsi data,” katanya.

Dr. Adrian turut menegaskan bahawa jika seseorang telah digigit, mereka mesti segera pergi ke klinik terdekat untuk tindakan lanjut.

“Di samping itu, mereka harus membasuh luka dengan air mengalir selama 15 minit,” jelasnya.

Selain itu, DVSS turut menjalankan tindakan penghapusan anjing, khususnya bagi kes gigitan dan kes disyaki rabies.

Beliau menyeru pemilik anjing dan haiwan peliharaan untuk mensterilkan haiwan peliharaan mereka.

“Kempen pensterilan ini telah berjalan dan semua klinik veterinar swasta boleh menyediakan perkhidmatan ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan