Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu. Foto TVS

MCMC terima 800 aduan belia salah guna media sosial di Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 3 Okt: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima lebih 800 aduan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia dari Januari hingga Julai 2024 di Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu mendedahkan aduan melibatkan kes buli siber, penipuan dalam talian ‘scammer’ dan lain-lain lagi.

800 aduan penyalahgunaan media sosial belia di Sarawak | TVS

“Ada lebih 800 kes yang dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan menurut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap hari memang ada kes-kes yang dilaporkan.

“Dari segi laporan penyiasatannya masih lagi diteruskan,” kata Gerald Rentap dalam sidang media Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Bagi Sidang II, Penggal ke-34, sesi 2023-2024 tahun 2024 di Hotel Imperial Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Gerald Rentap masalah penggunaan media sosial dalam kalangan belia bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak agensi sahaja, tetapi meliputi tanggungjawab bersama termasuk ibu bapa dan masyarakat untuk mendedahkan penggunaan sebanar.

“Tapi yang paling penting, pendedahan mengenai perkara ini kita perlu berikan kepada anak-anak kita pengalaman yang lebih..supaya ada kebijaksanaan mereka dapat menilai apa yang betul dan apa yang salah..

“Jangan menunggu kesilapan berlaku baru kita nak panggil polis ataupun buat laporan kepada MCMC”, katanya.

Dalam pada itu, Gerald percaya sekiranya undang-undang ditambah baik selepas ini ia dapat membendung masalah penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia.

“Bagi saya mungkin kita dapat menambahbaik undang-undang ini, misalnya apa yang kita buat.. kamu berkata sesuatu kamu harus bertanggungjawab.. sebagai contoh masalah doping, kalau sudah masuk mulut tak boleh buat apa sudah..

“Kalau kita daapat kita akan menyuarakan perkara ini supaya tanggungjawab itu harus dipikul oleh pelakunya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak merupakan persidangan intelektual dalam kalangan pemimpin pertubuhan belia peringkat negeri bersama wakil kepimpinan kerajaan negeri dan wakil-wakil jabatan dan agensi.

Ia juga bertujuan untuk membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan