BRUNEI, 3 Okt: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak hari ini mengadakan lawatan ke Pusat Latihan dan Kesenian Pertukangan Brunei.
Rombongan diketuai isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Lawatan dimulakan di Galeri Bahagian Tenunan yang kemudiannya rombongan itu dibawa melawat ke sekitar pusat tersebut.
Rombongan kemudiannya menikmati jamuan tengah hari di pusat tersebut.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah isteri Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Dato Dayang Morliah Awang Daud dan Datin Amar Enn Ong Siok Ean serta isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang. – TVS