Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPM laksana program pendidikan untuk kanak-kanak GISBH

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) bagi memastikan tiada keciciran pembelajaran berlaku.

KPM memaklumkan, program yang bermula sejak Selasa lepas itu dirangka khusus bagi memberi akses pendidikan formal dan berstruktur kepada kanak-kanak tersebut.

“Bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan, program ini menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA).

“Seramai 68 orang guru KPM terlibat secara langsung dalam program ini,” jelas kementerian itu menerusi kenyataan, hari ini.

PDRM siasat unsur buruh paksa di GISBH, 24 direman termasuk pengurusan tertinggi

Tambah KPM, kit tersebut memberi penekanan kepada aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal.

Ini bertujuan membina keyakinan diri kanak-kanak ini, seterusnya sebagai persediaan holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi.

Modul ini juga membantu kanak-kanak tersebut dan mempersiap menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran baharu dan positif.

“Modul yang digunakan turut menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi diri serta memupuk keseimbangan kanak-kanak ini dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERSI),” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata KPM akan mengambil alih aspek pendidikan ke atas sekurang-kurangnya 300 anak pengikut GISBH yang kini ditempatkan di rumah perlindungan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan