Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyelamat Pertahanan Awam Palestin dan orang awam di tengah-tengah serpihan bangunan runtuh di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza pada 2 Oktober 2024. Foto AFP

Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel meningkat kepada 41,689

ByBernama

GAZA, 3 Okt: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 kini melonjak kepada 41,689 orang, menurut sumber perubatan pada Rabu.

Sumber itu berkata sekurang-kurangnya 96,625 orang mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas, menurut mereka.

Sumber itu juga berkata ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan