Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Berita Nasional Lubnan berkata, serangan Israel melanda dua kawasan di selatan Beirut pada 1 Oktober dalam serbuan terbaru yang menyasarkan kumpulan militan Lubnan Hizbullah. Foto: AFP

Malaysia gesa semua pihak bertindak segera kurangkan ketegangan di Asia Barat

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Malaysia menggesa semua pihak untuk bertindak dengan segera mengurangkan ketegangan yang semakin memuncak berikutan serangan berterusan rejim zionis di rantau Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pencerobohan Israel di Lubnan, Syria dan Yaman ialah percubaan yang disengajakan bagi mengalih tumpuan masyarakat dunia daripada genosid yang berlaku di Palestin.

Jelas beliau, peningkatan serangan itu jelas adalah untuk mengekalkan kepimpinan politik semasa Israel terus berkuasa sehingga mengorbankan nyawa rakyat yang tidak bersalah.

“Pencerobohan dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah percubaan yang disengajakan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat global daripada kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Malaysia menggesa semua pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan permusuhan dan mewujudkan syarat yang diperlukan untuk mengelakkan konflik serantau yang lebih luas daripada berlaku,” katanya di laman X.

Tegasnya, semua pihak perlu bertindak segera untuk menghalang serangan berterusan yang akan menarik lebih banyak pihak ke dalam konflik itu.

Pencerobohan itu juga katanya akan membawa membawa kepada ketidakstabilan rantau itu dan meluaskan skala kemusnahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan