Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TELUPID, 20 Jun -- Seorang penduduk kampung memerhatikan petugas Klinik Kesihatan Telupid menyuntik Vaksin COVID-19 ke lengannya di Dewan Serbaguna Kampung Bakong-Bakong hari ini. Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Telupid menjalankan 'outreach' Vaksin COVID-19 melalui program Mobile Vaccination Team (MVT) selama dua hari bermula semalam dan berjaya memberikan suntikan vaksin kepada 600 penduduk kampung. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

COVID: Sarawak rekod kes harian tertinggi hari ini

KUCHING: Jumlah kes harian baharu COVID-19 di Sarawak sekali lagi melepasi angka 1,000 apabila 1,566 kes dicatatkan hari ini menjadikannya jumlah tertinggi direkodkan sejak kes pertama pandemik itu dikesan di negeri ini Mac tahun lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata 731 daripada kes baharu ini dikesan di Daerah Kuching, Bau (238), Lundu (175), Serian (84), Samarahan (44), Betong (40), Sibu (37) dan Miri (34).

Bintulu dan Subis pula masing-masing mencatatkan 29 kes, Song (27), Mukah (19), Sri Aman (17), Asajaya (12), Selangau (sembilan), Tebedu (lapan), Pusa (tujuh), Lubok Antu, Dalat dan Tatau masing-masing enam kes, Saratok (lima), Beluru (dua) dan Lawas (satu).

Dalam pada itu, satu kes kematian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 73 tahun dari Daerah Serian turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 487 orang.

Sebanyak lima kluster baharu turut dicatatkan melibatkan Kluster Kampung Goebilt di Kuching dengan 54 kes positif, Kluster Lorong Temenggung Haji Gobil (Kuching) (29), Kluster Jalan Airport Lama (Bintulu) (12), Kluster Kampung Kakeng (Serian) (61) dan Kluster Kampung Bunga (Serian) (26).

Menurut JPBN Sarawak, seramai 1.65 juta penduduk Sarawak atau 80.9 peratus populasi negeri ini telah menerima vaksinasi lengkap dengan 166,415 orang lagi masih menunggu untuk mendapatkan dos kedua setakat ini.

Mengambil perkembangan berkenaan jawatankuasa itu bersetuju memberi kelonggaran kepada operasi perniagaan di Sarawak sepanjang Ogos ini dengan membenarkan pekerja yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin untuk bekerja.

“Bagi golongan yang tidak layak menerima suntikan vaksin COVID-19 atas sebab kesihatan, mereka boleh menunjukkan rekod kesihatan yang diperoleh daripada pegawai kesihatan yang sah,” katanya.

Walau bagaimanapun mereka yang belum menerima dos lengkap disaran untuk tidak mendedahkan diri di tempat berisiko tinggi, terutamanya ketika jangkitan dalam komuniti yang masih tinggi, ” katanya.

JPBN Sarawak berkata golongan yang masih belum lengkap dos vaksinasi mereka disarankan supaya mematuhi prosedur operasi standard terutamanya untuk “dine-in” atau bekerja di premis makanan dipatuhi sepenuhnya.

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan