JAKARTA, 1 Okt: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah Wakatobi, Sulawesi Tenggara, Indonesia, petang tadi.
Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gegaran yang berlaku jam 4.28 petang waktu tempatan itu berpusat pada kedalaman iaitu 631 kilometer dari aras laut.
Menurut Kepala Pusat Gempabumi dan Tsunami BMKG, Daryono hasil analisis mekanisme sumber menunjukkan bahawa gempa bumi mempunyai mekanisme pergerakan ke bawah (oblique fault).
“Gempat berlaku karena adanya gerakan bawah laut yang cukup dalam,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, tiada amaran Tsunami dikeluarkan meskipun gempa yang terjadi cukup besar.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan manakala orang ramai diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan. – TVS