Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inap desa yang terletak berhampiran Sungai Amang berpotensi menjadi antara produk pelancongan di daerah Kapit.

Cadang bangunkan pejabat pelancongan di Kapit

KAPIT, 1 Okt: Kapit wajar dilengkapkan pejabat Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak sebagai usaha merancakkan transformasi daerah itu sekali gus memperkenalkannya sebagai destinasi pelancongan luar bandar di Sarawak.

Cadangan itu menurut Wali Kota Majlis Daearah Kapit, Kaunselor Martin Bilun bakal memberi impak positif kepada sosioekonomi penduduk setempat.

“Kita ada banyak tempat istimewa yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan, terutama kawasan ternakan ikan Empurau di Sungai Yong, ternaman rusa, rumah antik tradisional di Ulu Sungai Yong dan inap desa di Ulu Sungai Amang yang menyajikan keindahan alam semula jadi.

“Lokasinya tidak jauh dari bandar Kapit, hanya 4.2 kilometer, supaya orang yang datang dari juah dapat menikmati keindahan di Kapit, mungkin tidak dapat dirasai di tempat lain,” katanya ketika ditemui TVS di Majlis Daerah Kapit di sini, hari ini.

Pejabat pelancongan itu katanya boleh ditempatkan di terminal bot ekspres Kapit yang kini tidak lagi beroperasi.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan bot ekspres yang sebelum ini menjadi mod pengangkutan utama di daerah itu masih relevan untuk diteruskan dengan menerapkan nilai pelancongan kepadanya.

“Bagi memastikan keunikan penggunaan bot ini berjalan, kita jadikannya sebagai produk pelancongan, selain itu perahu panjang tradisional boleh digunakan untuk membawa pelancong menikmatikan keindahan alam semula jadi di hulu sungai,” katanya.

Menurut Martin, pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kapit kepada destinasi lain ternyata membawa banyak perubahan dan kemajuan berbanding sebelum ini.

Beliau berharap daerah itu terus menerima limpahan pembangunan yang memanfaatkan komuniti setempat dari segi ekonomi dan kesejahteraan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan