Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK mendapati 28 peratus rakyat Malaysia yang bekerja meminjam wang untuk membeli barangan keperluan. Foto fail Bernama

AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28 peratus rakyat Malaysia yang bekerja meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.

“Peningkatan kebolehcapaian pinjaman peribadi, kad kredit, dan terutamanya skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ amat membimbangkan, terutamanya dalam kalangan golongan dewasa muda.

“Meskipun ia memudahkan, kekurangan pemahaman tentang implikasi dan kekurangan disiplin dalam mengurus komitmen kemudahan ini boleh mengakibatkan hutang yang tidak terurus,” katanya dalam ucapan perasmian Bulan Celik Kewangan 2024.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan