Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menunjukkan poster aplikasi rabies pada Majlis Perasmian Rabies di Borneo di Kuching, hari ini. Foto TVS

Semua pihak diseru tingkat usaha basmi rabies

KUCHING, 30 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru semua pihak meningkatkan usaha dalam mendidik masyarakat memantau rabies yang bertujuan membasmi wabak berkenaan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan pendedahan dalam usaha membasmi wabak pembawa maut di wilayah ini.

“Itulah sebabnya persidangan ini (Persidangan Rabies di Borneo 2024) amat penting untuk  kita berkumpul, mempelajari strategi terkini dalam kawalan dan pencegahan rabies, serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman kita,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada majlis perasmiannya di sini, hari ini.

Abang Johari berkata lagi, kerajaan menerusi Immune Belt Enforcement Team (IBET) telah memvaksin 21,860 ekor anjing dengan mencapai 89 peratus di kawasan sempadan yang dikenal pasti Immune Belt.

Beliau menambah bagi pemilik haiwan, tanggungjawab mereka amat besar dan pemberian vaksin secara tahunan adalah langkah utama untuk memastikan haiwan peliharaan bebas daripada wabak itu.

Sementara itu, Dr Sim ketika ditemui pemberita berkata, masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka dalam membanteras rabies.

“Ia tidak lagi hanya melibatkan anjing. Kucing juga terlibat dan kini haiwan peliharaan anda pun boleh terkena rabies, bukan lagi hanya anjing jalanan.

“Oleh itu yang pertama, lakukan vaksinasi terhadap anjing peliharaan setahun sekali. Yang kedua, jika sesiapa mengalami calar atau gigitan anjing, terus pergi ke hospital mahupun klinik,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan