LIMBANG,30 Sept: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang melakukan khidmat khas membantu menghantar seorang pesakit wanita warga emas yang memerlukan rawatan lanjut ke hospital hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.40 pagi yang memaklumkan seorang wanita warga emas, 62 tahun dari Kampung Bunga Raya mengalami bengkak di kaki dan lemah anggota badan.
“Sepasukan anggota diketuai oleh Koperal (PA) Nurul Najanadhirah Hadri yang tiba ke lokasi membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa dalam keadaan sedar, mengalami bengkak di kaki dan lemah anggota badan.
“Menyedari mangsa memerlukan rawatan, anggota menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan selanjutnya,”katanya kepada media hari ini.
Operasi ditamatkan jam 10 .16 pagi dan seterusnya bergerak balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang.-TVS