Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang menyasarkan kediaman Ketua Misi UAE di Khartoum oleh sebuah pesawat tentera Sudan yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan itu. Foto AFP

UAE kutuk serangan kejam sasar kediaman Duta UAE di Sudan

ByBernama

ABU DHABI, 30 Sept: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang menyasarkan kediaman Ketua Misi UAE di Khartoum oleh sebuah pesawat tentera Sudan yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan itu.

UAE telah menyeru tentera Sudan untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan pengecut berkenaan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Kementerian Luar Negeri (MoFA) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya akan menyerahkan surat kepada Liga Arab, Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung serangan itu oleh Angkatan Bersenjata Sudan.

Menurut kementerian itu, ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.

Kementerian itu menekankan kepentingan melindungi bangunan diplomatik dan kediaman kakitangan kedutaan, selaras dengan perjanjian dan adat yang mengawal hubungan diplomatik.

Kementerian Luar Negeri turut menyatakan kecaman kerasnya terhadap tindakan jenayah itu dan penolakan tegas terhadap semua bentuk keganasan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan kestabilan, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan