Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penganggur yang mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah ditangkap sekali lagi kerana memiliki dadah jenis syabu. Foto IPD Samarahan

Penganggur miliki 6 rekod dadah ditahan lagi kerana memiliki syabu

KOTA SAMARAHAN, 30 Sept: Seorang penganggur yang mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah ditangkap sekali lagi kerana memiliki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Satria yang dipandu seorang lelaki mencurigakan di tepi jalan Kampung Tanah Putih di sini, pada jam 2 petang semalam.

“Anggota MPV yang bertugas telah membuat pemeriksaan lanjut, hasil daripada pemeriksaan itu telah menjumpai satu paket plastik berwarna lutsinar di dalamnya disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 12 gram yang disimpan dalam beg yang disandang oleh suspek berusia 23 tahun itu.

“Anggaran nilai rampasan dadah dianggarkan bernilai RM1,320,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek telah ditahan dan dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan lanjut.

“Ujian air kencing telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kota Samarahan didapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methampetamine,” ujarnya.

Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952, suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan