Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taufan Helene meragut sekurang-kurangnya 93 nyawa di tenggara Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik, memetik CNN pada Isnin. Foto AFP

Angka kematian akibat Taufan Helene meningkat kepada 93 di tenggara AS

ByBernama

MOSCOW, 30 Sept: Taufan Helene meragut sekurang-kurangnya 93 nyawa di tenggara Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik, memetik CNN pada Isnin.

Pada pagi Ahad, jumlah kematian 65 orang.

Kematian direkodkan di Carolina Selatan, Georgia, Florida, Carolina Utara, Virginia dan Tennessee. Sehingga petang Ahad, hampir 2.1 juta pelanggan masih mengalami gangguan bekalan elektrik di negeri berkenaan, menurut laman web PowerOutage.us.

Beratus-ratus orang masih hilang atau tidak ditemukan kerana masalah rangkaian komunikasi, tambah penyiar itu.

Taufan itu tiba di Amerika Syarikat lewat Khamis dan menjadi ribut tropika pada Jumaat.

Lewat Sabtu, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan AS berkata ia mengerahkan lebih 3,200 pekerja untuk menyertai operasi menyelamat dan mengurangkan kesan bencana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan