Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Ketua PBB gesa tingkat dana bantuan kemanusiaan di Ukraine menjelang musim sejuk

ByBernama

ISTANBUL, 30 Sept: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan dana bagi menyokong usaha kemanusiaan di Ukraine menjelang musim sejuk.

Dalam catatan di platform X, Guterres berkata PBB bersama rakan kongsinya, menyampaikan “bantuan menyelamatkan nyawa” kepada lebih 6.2 juta orang di Ukraine tahun ini.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa pada masa ini “kurang daripada separuh Pelan Tindak Balas Kemanusiaan 2024 dibiayai.”

“Saya menggesa penderma untuk membantu kami meneruskan kerja penting kami di lapangan,” kata Guterres, menekankan kepentingan sokongan berterusan menjelang musim sejuk yang mencabar.

Gesaan untuk bertindak itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesan konflik yang berterusan terhadap penduduk di Ukraine, apabila Rusia meneruskan “operasi ketenteraan khas” sejak Februari 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan