Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karnival Baca Perdana yang dianjurkan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu akan dirasmikan di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 4 Okt ini. Foto Perpustakaan Negara Malaysia (FB)

Kementerian Perpaduan Negara anjur Karnival Baca Perdana sepanjang Oktober

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Sept: Karnival Baca Perdana diadakan sepanjang Oktober ini bertujuan membentuk masyarakat berpengetahuan tinggi bertaraf dunia serta pembudayaan amalan membaca.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program yang dianjurkan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu akan dirasmikan di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 4 Okt ini.

Dengan tema “Perpaduan Melalui Pembacaan,” karnival ini akan melaksanakan pelbagai program, termasuk Forum Membaca Perdana: Simfoni Perpaduan Melalui Pembacaan, Kempen Kesedaran Derma Buku, dan Podcast Borak Pustakawan.

KPN juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan tanda pagar #PerpaduanMelaluiPembacaan sepanjang Oktober.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan sama mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk turut serta menjayakan karnival ini.

“Pembacaan juga membantu kita untuk berfikir secara kritis. Dalam dunia yang penuh dengan maklumat, kemampuan untuk menilai dan memahami fakta dengan bijaksana adalah kunci untuk mengelakkan salah faham dan konflik.

“Dengan membaca pelbagai sumber, kita dapat membentuk pandangan yang lebih seimbang dan adil,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan