Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia. Foto @khabib_nurmagomedov (IG) & Muhammad Johan Ghazali (FB)

Khabib pelawa Jojo berlatih di Dagestan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.

Jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu, tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.

“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.

“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Bercakap tentang landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib  berusia 36 tahun yang disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.

Khabib berkata jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.

“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA.

“Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.

“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan